Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemahiran ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian. Belajar pula diertikan sebagai usaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu atau menjalani latihan dan sebagainya. Melalui definisi-definisi tersebut, dapatlah kita menyimpulkan bahawa kemahiran belajar merupakan kecekapan dan usaha gigih untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar. Selain itu, menurut Modul OUM HBML 2203 (2009), kemahiran belajar ialah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Harold Pashler (2009) dalam buku Learning Styles: Concepts and Evidence berpendapat bahawa kemahiran belajar (learning styles) bermaksud cara yang paling efektif bagi pelajar belajar. Pada abad ke-21, kemahiran belajar disebut sebagai 4C iaitu pemikiran kritis (criticize), pemikiran kreatif (creative), kemahiran berkomunikasi (communication), dan kemahiran berkolaborasi (collaboration).
Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran dominan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ia bermula daripada menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Kemahiran belajar juga merupakan kemahiran asas kepada seseorang untuk menerokai dan menguasai ilmu yang dipelajarinya. Oleh hal yang demikian, setiap pendidik hendaklah menguasai kemahiran belajar sebelum mereka sendiri dapat mencurahkan ilmu kepada para pelajar. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang meliputi motif dan strategi tertentu yang dipraktikkan oleh pelajar bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran. Kajian Hewitt (1973) menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka.
Di samping itu, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mencapai pencapaian akademik yang lebih cemerlang lebih berdisiplin dan memiliki sikap yang positif apabila mereka memiliki teknik belajar yang efisien. Seterusnya, Selmes (1987) menyatakan bahawa kemahiran belajar merupakan kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Antara kemahiran belajar yang efektif termasuklah menggunakan cara penghafalan dalam teknik pembelajarannya. Kemahiran belajar berkesan yang lain pula ialah pelaksanaan latih tubi yang berterusan. Latihan ini mampu membantu ingatan seseorang agar tidak mudah lupa pelbagai informasi penting dalam pembelajaran. Sebagai penutup bicara ini, kemahiran belajar secara keseluruhannya membawa maksud kebolehan atau kecekapan yang patut dikuasai oleh setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
2.0 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG
Institut Pendidikan Guru yang sebelum ini digelar sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal guru-guru untuk berkhidmat kepada para pelajar pada masa akan datang. Bakal guru-guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Kursus dalam Cuti, Kursus dalam Perkhidmatan, Program Pensiswazahan Guru, dan Kursus Pendek Kelolaan Institut. Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu. Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa. Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kursus major di IPG. Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi. Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, artikel dan laporan. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber. Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan. Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
Tambahan pula, pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilkan bentuk penulisan yang menarik dan mudah difahami. Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran manakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks. Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat vital di IPG. Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.

3.0 PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI (SELF REGULATED LEARNING)
Menurut Pintrich pada tahun 1995
pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan secara
sendiri untk mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran kendiri juga
merupakan satu proses yang menentukan sendiri matlamat pembelajaran
masing-masing. Pembelajaran kendiri dilakukan tanpa ada bimbingan daripada
guru. Pembelajaran kendiri akan dilakukan secara sendiri tanpa dibantu oleh
orang lain. Pembelajaran kendiri merupakan usaha sendiri murid-murid dalam
meningkatkan taraf pencapaian dari segi akademik. Pembelajaran kendiri
dilakukan supaya pelajar mendapat keyakinan diri dalam mencapai sesuatu.Pelajar
juga akan dapat keyakinan diri dalam belajar sendiri dan menyelesaikan masalah
dalam pendidkan sendiri. Hal ini akan membantu pencapaian pelajar dalam bidang
akademik meningkat. Terdapat beberapa elemen dalam proses pembelajaran regulasi.
Antara elemennya ialah motivasi
kendiri. Motivasi kendiri diperlukan untuk murid-murid supaya mereka dapat
belajar dengan berkesan. Mereka juga boleh meningkatkan kualiti dalam tugasan
pembelajaran mereka. Selain itu,Perancangan masa merupakan sesuatu yang penting
dalam pembelajaran kendiri. Pelajar akan menguruskan masa dengan baik dan
melaksanakan tugasan pada masa yang ditetapkan. Di samping itu,pengawalan
tumpuan juga amat penting dalam pembelajaran kendiri. Pelajar akan menumpu
perhatian terhadap pelajaran dan menghindari aktiviti-aktiviti yang
negatif. Menetapkan matlamat juga merupakan elemen yang penting dalam
pembelajaran kendiri. Pelajar haruslah menetapkan maklumat dalam pembelajaran
supaya mencapai taraf yang tinggi. Pelajar haruslah menilai sendiri hasil kerja
yang dilakukan supaya dapat menilai kesalahan dan membetulkan diri daripada
kesalahan. Elemen-elemen ini amat penting supaya pelajar dapat menjalankan
pembelajaran kendiri secara efektif.